📱
Apakah itu PakaiDulu by DirectD?
PakaiDulu by DirectD adalah platform ansuran mudah tanpa kad kredit, membolehkan anda memiliki telefon pintar, tablet, dan aksesori dengan bayaran bulanan yang fleksibel dan telus.
📝
Bagaimana cara untuk memohon?
Permohonan sepenuhnya online, mudah dan cepat. Hanya sediakan:
- Salinan Kad Pengenalan (IC)
- Slip gaji sebulan
Selepas isi borang permohonan, admin akan hubungi melalui WhatsApp. Setelah diluluskan, boleh ambil produk di Collection Point DirectD.
👤
Siapakah yang layak untuk memohon?
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Berumur antara 18 hingga 60 tahun.
⚠️
Adakah sesiapa yang tidak layak untuk membuat permohonan ansuran?
- Disenarai hitamkan (blacklist) oleh bank/agensi kewangan.
- Individu yang muflis atau ada kes mahkamah berkaitan hutang tidak layak.
💰
Adakah terdapat caj tersembunyi?
Tidak. Semua harga dan bayaran adalah telus. Tiada caj tersembunyi, mark-up, atau kenaikan bulanan.
⏳
Berapa lama tempoh ansuran yang ditawarkan?
Tempoh ansuran bermula dari serendah RM89 sebulan, bergantung kepada pakej dan pilihan tempoh: 12, 24 atau 36 bulan.
🛡️
Apakah jaminan yang diberikan?
Setiap produk datang dengan jaminan asas. Pilihan tambahan termasuk Extended Warranty dan Screen Crack Warranty.
👥
Bolehkah saya memohon jika saya seorang pelajar atau pekerja kontrak?
Ya! PakaiDulu terbuka kepada pelbagai golongan termasuk pelajar, pekerja kontrak, freelancer, suri rumah.
🔍
Bagaimana cara untuk menyemak kelayakan anda?
Gunakan alat “Semak Kelayakan Percuma” untuk mengetahui kelayakan tanpa sebarang kos atau risiko.
💳
Adakah terdapat Yuran Perjanjian (Agreement Fee)?
Ya. Setiap permohonan yang diluluskan akan dikenakan Yuran Perjanjian (Agreement Fee) AEON & JCL sekali sahaja.